Super Jumbo (1Kg)

Super Jumbo (1Kg)
Click image for Gallery
  • Product Code: Kismis
  • Availability: In Stock
  • RM55.00 RM49.00
+
-


Khasiat Kismis

-Magnesium baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.

-Kalsium dan fosforus dapat membina tulang dan gigi yang baik.

-Zat besi membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.

-Kalium dapat mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

-Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.

-Vitamin B6 dapat mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.

-Vitamin K sangatdiperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.

-Folat membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.

-Riboflavin berfungsi membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

-Melindungi hati.

-Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

-Membantu sebagai penerang hati.

-Membantu mengurangkan stress.

-Membantu merawat penyakit anemia.

-Membantu merawat masalah pelupa.


Khasiat dan manfaaat kismis dalam Islam.

Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan kecerdasan minda.

Kismis dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.

Membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:

• Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

• Baca surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.

• Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.

• Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.

• Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti

coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha